Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-97

Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-97

SHAH ALAM, 5 Ogos 2023 – Seramai 17 alumni UiTM hadir meraikan 35,069 graduan UiTM sempena Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-97 pada Sidang Pertama hari ini. Kehadiran mereka memperlihatkan bahawa peranan alumni adalah sangat penting dalam membantu pihak universiti bagi mengeratkan dan meningkatkan hubungan sesama mereka.
Dalam ucapan alu-aluannya, Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, menyatakan bahawa “Alumni adalah aset berharga sesebuah universiti, di mana ilmu yang diperolehi berjaya membentuk intan permata yang amat berharga kepada bangsa dan negara”. Ujar beliau lagi, komitmen para alumni dalam membantu menjayakan program universiti merupakan legasi yang perlu diteruskan bagi menjamin perkembangan dan kesinambungan universiti.
Dato’ Rosthman Ibrahim, graduan Diploma Pengajian Perniagaan (1994) yang mewakili para Alumni juga hadir berucap di majlis tersebut. Beliau merupakan Pengerusi Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) dan bertugas sebagai Pengarah Urusan di Nautical Insight Sdn. Bhd. serta Pengerusi Grand Swiss-Belhotel International Malaysia Sdn. Bhd. Dato’ Rosthman menyambut baik saranan Datuk Naib Canselor agar para alumni kembali berkongsi rezeki dan kejayaan yang diperolehi dengan UiTM. Menurutnya, “Kebersamaan amat penting bagi memastikan ‘succession planning’ adalah tepat dan jitu agar apa jua yang dirancang bersama alumni ada kesinambungan meskipun pucuk pimpinan silih berganti”.
Sumber: Pusat Komunikasi ICAN Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM

Alumni Network Centre (ANC)
Office of Industry, Community, & Alumni Network (ICAN)
Level 3, Block 1,
Intekma Residence Shah Alam, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel   : +603-5544 2825 / 2643
Fax   : +603-5544 2821
eMail : alumniuitm@uitm.edu.my