JO ITM Heritage Walk 2023

JO ITM Heritage Walk 2023

8 Oktober 2023 - Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM dengan kerjasama Jabatan Arkib UiTM telah menganjurkan JO ITM Heritage Walk 2023, satu program khusus untuk alumni dan bekas staf pioneer, kampus Jalan Othman dan juga satu inisiatif sambutan Hari Alumni UiTM pada tahun ini. Program julung kali ini juga telah mendapat sokongan penuh dari YBhg. Profesor Datuk Dr. Hjh. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, yang telah merasmikan dan membuat pelepasan (flag off) untuk para peserta program.
Hampir 80 peserta dari kalangan bekas pelajar (alumni) dan staf yang terlibat di mana mereka lahir pada tahun 1940an sehingga 1950an. Sebahagian besar daripada kalangan peserta telah melengkapkan dua trek (1.1KM & 2.5KM) perjalanan sekitar kampus Jalan Othman, sambil menggamit kenangan manis semasa masih menjadi pelajar atau staf di kampus Jalan Othman.
Menariknya program kali ini, 6 daripada 50 graduan konvokesyen pertama Dewan Latehan RIDA pada 19 Disember 1964 juga turut hadir memberi sokongan terhadap program ini.
Moga dengan inisiatif ini, kita dapat meneruskan sesi jaringan dan kerjasama antara UiTM dan juga para alumni tidak kira yang tua mahupun yang muda.
UiTM sentiasa di hati ?

Alumni Network Centre (ANC)
Office of Industry, Community, & Alumni Network (ICAN)
Level 3, Block 1,
Intekma Residence Shah Alam, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel   : +603-5544 2825 / 2643
Fax   : +603-5544 2821
eMail : alumniuitm@uitm.edu.my