Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-95

Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-95

Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-95

Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) merupakan Jawatankuasa Induk Sambutan Alumni sempena Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-95 pada 26 November 2022.
Seramai 15 alumni jemputan pelbagai latarbelakang telah diraikan oleh Jawatankuasa Sambutan Alumni terdiri daripada warga kerja ANC dan ICAN.
Para alumni jemputan terlibat dalam Perarakan Alumni di Dewan Agung Tuanku Canselor dan Majlis Santapan diRaja bertempat di Hotel UiTM.
Diharap ikatan ukhwah yang terjalin dapat meningkatkan sinergi kebersamaan antara alumni dan UiTM.
Pihak ICAN merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua alumni dari pelbagai bidang meliputi alumni tahun 1970-an hingga 2000 ke atas yang hadir ke Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-95.
 

Alumni Network Centre (ANC)
Office of Industry, Community, & Alumni Network (ICAN)
Level 3, Block 1,
Intekma Residence Shah Alam, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel   : +603-5544 2825 / 2643
Fax   : +603-5544 2821
eMail : alumniuitm@uitm.edu.my