Bicara Alumni: Satu Hati, Satu Inspirasi

Bicara Alumni: Satu Hati, Satu Inspirasi

Bicara Alumni: Satu Hati, Satu Inspirasi

9 Disember 2022 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) telah berjaya menganjurkan siri Bicara Alumni: Satu Hati, Satu Inspirasi. Permata Alumni kali ini adalah En. Kashfi Zulkufli, Pengarah Kashfi Zulkufli Holdings Sdn Bhd dan juga pereka fesyen, telah hadir memberi motivasi dan juga berkongsi strategi untuk pelajar-pelajar dari Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) yang turut serta dalam siri kali ini. Selain itu, pihak ANC telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan pendaftaran aplikasi MyAlumni di kalangan pelajar KPSK yang hadir dan juga Alumni di kalangan staf PTAR. Sambutan yang sangat memberangsangkan untuk siri pertama. Nantikan siri kedua Bicara Alumni pada masa akan datang!!
 
Foto ihsan daripada Jabatan Korporat PTAR UiTM Shah Alam
 

 

Alumni Network Centre (ANC)
Office of Industry, Community, & Alumni Network (ICAN)
Level 3, Block 1,
Intekma Residence Shah Alam, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel   : +603-5544 2825 / 2643
Fax   : +603-5544 2821
eMail : alumniuitm@uitm.edu.my