Istiadat Konvokesyen UiTM Sarawak

Istiadat Konvokesyen UiTM Sarawak

Istiadat Konvokesyen UiTM Sarawak pada 19 Disember 2022.
 
Pada hari ini Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengumumkan bahawa ‘Hari Alumni UiTM’ akan disambut oleh seluruh alumni UiTM pada setiap 19 Disember.
Tarikh berkenaan dipilih berdasarkan tarikh Majlis Konvokesyen UiTM yang pertama atau ketika itu dikenali sebagai Dewan Latehan RIDA iaitu pada 19 Disember 1964.
Pengisytiharan 19 Disember sebagai Hari Alumni UiTM adalah sebagai tanda penghargaan kepada para alumni UiTM yang menjadi pemangkin kepada kelestarian pembangunan ekosistem universiti mampan. Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd. Janor bersempena dengan Istiadat Konvokesyen yang berlangsung di UiTM Cawangan Sarawak.
Dengan adanya sambutan Hari Alumni, interaksi antara alumni dan UiTM dapat diperkukuh seterusnya mencetus penglibatan yang lebih akrab dan aktif. Peranan alumni amat penting dalam meningkatkan dan merapatkan hubungan dari satu generasi ke satu generasi. Para alumni diharapkan akan terus mendampingi UiTM demi kelangsungan pembangunan dan pemerkasaan UiTM sebagai sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan keusahawanan, sekaligus mengangkat imej pengajian tinggi negara.
Foto oleh Unit Korporat UiTM Sarawak
 

Alumni Network Centre (ANC)
Office of Industry, Community, & Alumni Network (ICAN)
Level 3, Block 1,
Intekma Residence Shah Alam, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel   : +603-5544 2825 / 2643
Fax   : +603-5544 2821
eMail : alumniuitm@uitm.edu.my