Majlis Jalinan Ukhwah Ramadhan Alumni

Majlis Jalinan Ukhwah Ramadhan Alumni

20 April 2022- Majlis Jalinan Ukhwah Ramadhan Alumni anjuran Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diadakan di Dewan Seri Impian, Hotel UiTM, Shah Alam.
Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti & Alumni (ICAN) bergerak aktif selaku perantara para alumni dan warga UiTM dalam sentiasa memastikan ukhwah akan terus terjalin dalam pelbagai bentuk kolaborasi, kerjasama dan kesepakatan.
Majlis ini telah dihadiri oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), YBhg. Prof. Dr. Mohamad Hariri Hj. Abdullah, Pengurusan Kanan UiTM, dan turut diserikan dengan kehadiran lebih 33 orang Presiden/Pengerusi dan wakil Persatuan-Persatuan Alumni UiTM.
Ukhwah yang terjalin bersama para Alumni dapat membantu mewarnai landskap industri profesional negara dalam memartabatkan maruah bangsa dengan kejayaan-kejayaan yang diperoleh, di peringkat nasional hingga ke arena antarabangsa.
 
Sila layari Facebook ANC untuk maklumat lanjut. 

 

Alumni Network Centre (ANC)
Office of Industry, Community, & Alumni Network (ICAN)
Level 3, Block 1,
Intekma Residence Shah Alam, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel   : +603-5544 2825 / 2643
Fax   : +603-5544 2821
eMail : alumniuitm@uitm.edu.my