Amanat TNC

Timbalan Naib Canselor

Dari Meja Timbalan Naib Canselor,

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Perhubungan Alumni, Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni. Dengan adanya laman web ini, diharapkan ianya dapat memberi satu lagi medium komunikasi antara Pusat Perhubungan Alumni dan warga alumni secara berterusan. Adalah menjadi hasrat dan harapan Pusat Perhubungan Alumni dapat berperanan sebagai perantara yang berkesan antara para alumni dengan pihak Universiti.

Laman web ini juga bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni. Adalah menjadi hasrat dan harapan kami agar warga alumni dapat mengemaskini maklumat peribadi masing-masing di Sistem e-Alumni. Ini bagi membolehkan pihak Pusat Perhubungan Alumni menyalurkan maklumat dan berita terkini terus kepada para alumni secara interaktif.

Akhir kata, terima kasih kepada para alumni kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan perkhidmatan laman web ini. Sebarang cadangan atau komen untuk penambahbaikan laman web ini amatlah dialu-alukan.

 

Timbalan Naib Canselor